Monday, January 17, 2011

Entah Pape

Mahkamah tolak saman fitnah bapa terhadap bekas kekasih anak


2011/01/17
TEMERLOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman fitnah seorang bapa dan seorang bomoh terhadap bekas kekasih anak perempuannya berhubung beberapa artikel di akhbar berbahasa Mandarin, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir, menolak permohonan itu dengan kos RM8,000 selepas memutuskan artikel termasuk yang bertajuk "Bapa yang mencari rezeki haram menyerahkan anak perempuannya kepada bomoh selama tiga tahun atas kepercayaan karut. Gadis membunuh diri kerana enggan menjadi hamba seks bomoh" bukan dari sumber defendan pertama, Chow Yan Wai, 33.
"Saya mempercayai defendan hanya menceritakan kisah cintanya, perkara lain (dalam akhbar) bukan dari defendan tetapi datang dari sumber lain," katanya.
Bapa wanita berkenaan, Ngew Sin Chon, 52, yang juga seorang ahli perniagaan serta bomoh, Liew Fatt Meng, 47, memfailkan saman itu pada 7 Januari 2009 dengan menamakan Chow, The China Press Bhd dan Ketua Editor The China Press (pada ketika itu), Teoh Yang Koon sebagai defendan.

Mereka mendakwa kenyataan Chow yang telah dicetak, diterbitkan serta disiarkan oleh akhbar berkenaan bermaksud bahawa mereka adalah syaitan, orang yang tidak jujur, keji dan tidak berperikemanusiaan.

Plaintif juga mendakwa tiada sebarang wakil pekerja atau pemberita akhbar berkenaan menemubual mereka sebelum percetakan dan pengedaran berita pada 30, 31 Disember 2007; 3,5,7 dan 10 Januari 2008 sehingga reputasi mereka tercemar dan telah menjadi skandal awam, kebencian ramai dan menghina.

Oleh itu, mereka menuntut ganti rugi am, serius dan teladan serta lain-lain relif yang difikirkan perlu oleh mahkamah.
Bagaimanapun, kedua-dua plaintif telah menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan ketua editor dan akhbar terbabit sebelum perbicaraan kes itu bermula pada Julai 2009.

Chow yang juga seorang pemandu lori, ketika ditemui pemberita, menyatakan rasa syukur dengan keputusan itu yang sekaligus membersihkan namanya.

Katanya, dia bercinta dengan mangsa, Ngew Tie Wei yang ketika itu berusia 24 tahun selama enam bulan sebelum mendiang membunuh diri pada 7 November 2007.

Chow diwakili peguam, Lim Lip Eng sementara kedua-dua plaintif diwakili Albert Koo. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment