Friday, January 28, 2011

Ibu Mentua Kacau Daun

Ibu mentua kacau bulan madu



ROME: Seorang wanita Itali memfailkan perceraian sebulan selepas berkahwin gara-gara suaminya membawa ibu ketika berbulan madu.

Agensi berita ANSA melaporkan, wanita berusia 36 tahun itu bercuti bersama suaminya ke Perancis pada Disember lalu.


Bagaimanapun, dia terkejut apabila percutian itu turut membabitkan ibu mentuanya.


ANSA melaporkan, wanita terbabit terperanjat menemui ibu mentuanya di Lapangan Terbang Fiumicino dua hari selepas berkahwin.


Apabila perkara itu diadukan kepada suaminya, lelaki berkenaan mendakwa dia tidak boleh meninggalkan ibunya sendirian atas faktor kesihatan. - AFP

No comments:

Post a Comment