Tuesday, March 13, 2012

api misteri lagi

Api misteri muncul semula

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 12 Mac - Sebuah keluarga di Kampung Penambang Bunga Emas di sini kembali dihantui dengan serangan api misteri selepas setahun kejadian aneh itu berhenti.

Api misteri tersebut muncul di rumah Zainab Sulaiman, 73, sejak pukul 4.30 petang Jumaat lalu dan telah memusnahkan semua pakaian dalam sebuah almari dalam bilik di rumahnya.

Malah wartawan dan jurugambar Utusan Malaysia turut menyaksikan sendiri api misteri itu muncul tiba-tiba dan menyambar sehelai kain tudung di rumah berkenaan kira-kira pukul 1.45 petang hari ini.

Menurut Zainab, kejadian Jumaat lalu itu disedari oleh cucunya, Wan Mohd. Faiz, 16, yang terhidu bau hangit sebelum mendapati sebuah almari yang terletak di dalam bilik rumahnya terbakar.

Katanya, api itu memusnahkan almari serta sebahagian dinding bilik tersebut sehingga menyebabkan dia dan menantunya, Rafeah Zakaria, 38, serta dua lagi cucunya, Wan Nurfatihah dan Wan Nurfatini panik.

No comments:

Post a Comment