Saturday, March 17, 2012

dapat tangan

Guru kudung dapat perhatian
Mohd Rizal Abdullah
17 Mac 2012
Guru kudung dapat perhatian
BALING- Seorang guru taman didikan kanak-kanak (tadika) yang kudung tangan kirinya sejak lahir lega setelah mendapat perhatian Yayasan Nur Karangkraf  yang bersetuju membiayai kos pembuatan tangan palsu bernilai RM6,900.

Kegembiraan Wan Hafiza Wan Alias, 29, dari Kampung Sungai Limau tidak terkata lagi apabila masalah yang dihadapi mendapat perhatian Ketua Wanita Umno Bahagian Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang berusaha mendapatkan sumbangan Yayasan Nur Karangkraf untuk membuat tangan palsu  Wan.

Beliau begitu terharu apabila keinginannya untuk memperolehi tangan palsu akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

"Saya bersyukur kerana impian saya selama ini tercapai. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang berusaha untuk membantu saya selama ini," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, beliau terpaksa berhadapan dengan ejekan rakan-rakannya ketika zaman persekolahan hingga memberi kesan kepada kehidupannya.
Namun, semangat kentalnya berjaya menangkis segalan tohmahan dan ejekan malah mampu meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga berjaya menjadi seorang pendidik.
Sementara itu, Mashitah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, gembira apabila berjaya membantu merealisasikan impian Wan Hafiza selama ini.
"Saya berharap, Wan Hafiza dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan dapat  meneruskan tugasnya sebagai seorang pendidik," katanya selepas menyampaikan sumbangan cek kepada Wan Hafiza yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Agama Baling.

No comments:

Post a Comment