Saturday, March 17, 2012

kaki lipas punya pasal dapt rm 55 ribu

Kes temui kaki lipas: Pizza Hut Restaurants gagal merayu
16/03/2012 7:33pm

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 16 Mac - Pizza Hut Restaurants Sdn. Bhd. hari ini gagal di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM55,000 kepada seorang pensyarah kolej swasta berhubung insiden penemuan kaki lipas dalam sepinggan spaghetti bolognese yang dimakannya.

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Anantham Kasinather memutuskan demikian selepas menolak permohonan restoran itu bagi mendapat kebenaran merayu.

Kuorum berkenaan sebulat suara mengarahkan Pizza Hut selaku pemohon membayar kos sebanyak RM3,000. Ganti rugi berjumlah RM55,000 itu telah dijelaskan.

Mahkamah dengan itu mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 11 Oktober 2010 yang mengarahkan restoran makanan segera itu membayar ganti rugi tersebut dan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan itu pada 17 Oktober tahun lalu.

Hakim Syafeera Mohd. Said memerintahkan Pizza Hut membayar ganti rugi am RM5,000 dan ganti rugi teladan RM50,000 serta kos selepas berpuas hati bahawa Goh Sze Ching, 30, berjaya membuktikan kesnya bahawa restoran syarikat berkenaan bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Penemuan `objek' berupa kaki lipas dalam pinggan spageti itu menyebabkannya muntah di atas meja dan segera melaporkannya kepada pengurus restoran berkenaan.

Pihak restoran bagaimanapun menyatakan, ia bukan kaki lipas sebaliknya adalah bawang goreng. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment