Saturday, March 24, 2012

jangan tegur nanti kena belasah

Salah tegur: Lelaki cedera dibelasah kumpulan mabuk
Wartawan Sinar Harian
23 Mac 2012

KAJANG - Hanya kerana menegur membuat bising, seorang lelaki cedera dipukul enam lelaki menggunakan topi keledar kira-kira jam 1.30 pagi, Isnin lalu.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa, berusia 34 tahun itu cuba menegur salah seorang ahli kumpulan berkenaan yang dikatakan membuat bising di hadapan rumahnya yang terletak berhampiran dengan taman permainan di kawasan Bandar Mahkota Cheras.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, ketika mangsa sedang bercakap dengan salah seorang ahli kumpulan itu, dia dipukul oleh ahli kumpulan lain yang disyaki ketika itu mabuk.

“Mangsa terjatuh dan menjerit meminta tolong sebelum beberapa penduduk datang membantu, sementara keenam-enam lelaki itu melarikan diri,” katanya.

Polis telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori dan dikenali mangsa untuk membantu sisatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

No comments:

Post a Comment