Thursday, March 15, 2012

nak kerja bayar wang

Hati-hati dengan individu minta wang untuk dapat kerja dengan TNB

14 Mac 2012

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika menerima tawaran kerja daripada individu yang mendakwa Pegawai Sumber Manusia TNB dan meminta sejumlah wang sebagai ganjaran kerana mendapatkan pekerjaan itu.

TNB dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata syarikat itu menerima laporan mengenai kes sedemikian, yang mana pemohon ditunjukkan surat tawaran kerja daripada Pejabat Bahagian Sumber Manusia Kumpulan TNB atau Pejabat Sumber Manusia Bahagian-bahagian TNB tanpa menjalani proses yang sepatutnya.

Menurut kenyataan itu permohonan pekerjaan di TNB memerlukan calon memohon melalui sistem dalam talian atau borang permohonan, dan calon yang menepati syarat iklan akan disenarai pendek sebelum dijemput ke sesi temuduga melalui emel atau surat panggilan temuduga.

"Seterusnya pemakluman temuduga kepada calon yang berjaya atau simpanan atau gagal dibuat menerusi emel atau surat permakluman serta surat tawaran akan dikeluarkan kepada calon berjaya sama ada melalui pos atau diambil secara terus melalui pejabat Bahagian Sumber Manusia TNB," kata kenyataan.

Orang ramai yang menerima tawaran kerja yang mencurigakan itu diminta menghubungi Nurul Haryanie Abd Razak dan Nurul Muzaleeza Mustapha di talian 03-22966921 dan 03-22966523 bagi mendapatkan penjelasan. - Bernama

No comments:

Post a Comment