Sunday, March 11, 2012

pembaca sinar dapat tuah

Tuah pembaca setia Sinar Harian
Wartawan Sinar Harian
11 Mac 2012
Melati Yusuf
RHU SEPULUH – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah gambaran yang dapat diberikan kepada seorang pembaca setia Sinar Harian yang telah memenangi hadiah peraduan kuiz Sinar Harian, Melati Yusuf, 42.
Menurut Melati, dia mula membaca Sinar Harian sejak mula diterbitkan lagi.

“Ketika itu harga Sinar Harian hanya 50 sen, sebagai suri rumah, saya tertarik dengan akhbar ini kerana banyak berita masyarakat, saya boleh tahu apa yang berlaku di seluruh negeri.

“Saya sukakan konsep penyampaian yang ringkas dan mudah difahami, akhbar ini juga menyiarkan berita politik daripada kedua-dua belah pihak,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Rhu Sepuluh, kelmarin.

Melati berkata, dia tidak jangka akan memenangi hadiah kerana hanya menyertai peraduan untuk mengisi masa lapang.

“Ketika itu, suami pula yang bersemangat menmberikan jawapan pada soalan yang dikemukakan,” katanya.

Kata Melati, sebelum ini dia pernah menyertai peraduan yang dianjurkan Sinar Harian namun tidak pernah memenangi apa-apa.

“Dengan rezeki yang diperoleh ini saya berharap agar akhbar Sinar Harian terus maju dan menjadi pilihan ramai sebagai wadah bacaan utama,” katanya.

No comments:

Post a Comment