Friday, March 16, 2012

dibelasah kerana meraba

Lelaki mencabul wanita dibelasah


ANGGOTA Skuad Bantuan Krisis MCA membantu seorang lelaki yang cedera akibat dibelasah orang ramai selepas dipercayai mencabul seorang wanita di Taman Tunku Haminah, Sungai Petani, semalam.


SUNGAI PETANI 14 Mac - Gara-gara memegang dan meraba punggung seorang wanita ketika mengambil makanan di sebuah kafe di sini awal pagi ini, seorang lelaki cedera dibelasah orang awam.
Dalam kejadian pukul 1 pagi, mujurlah suspek berusia 30 tahun itu diselamatkan anggota Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) yang kebetulan berada di lokasi.
Kejadian berlaku ketika wanita yang berusia 30-an itu sedang makan di premis tersebut dan semasa bangun hendak mengambil makanan suspek merabanya.
Namun mangsa berjaya melarikan diri dan memaklumkan kepada kenalannya mengenai kejadian itu sebelum mereka dan orang ramai bertindak memukul mangsa dengan topi keledar.
Suspek yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk dihantar ke hospital dengan bantuan ambulans.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut dan polis akan mendapatkan keterangan daripada suspek dan mangsa.

No comments:

Post a Comment