Thursday, March 15, 2012

padah tunjuk batang

Padah sahut cabaran pondan
Wartawan Sinar Harian
15 Mac 2012
Padah sahut cabaran pondan
AYER KEROH, MELAKA - Hanya kerana mahu menyahut cabaran seorang pondan, seorang pekerja pasar raya sanggup menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang perempuan dekat sebuah kawasan rumah pangsa, hujung bulan lalu.
Akibat perbuatannya itu, Lakhwinder Singh, 31, yang berasal dari India dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas dia membuat pengakuan bersalah.
Berdasarkan pertuduhan, Lakhwinder didapati mengaibkan kehormatan seseorang dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang perempuan berusia 23 tahun di tingkat satu dan tujuh Pangsapuri
Peringgit Indah, kira-kira 3 petang pada 28 Februari 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili Pelatih Dalam Kamar, Pusat Bantuan Guaman, Majlis Peguam negeri memohon mahkamah memberikan hukuman denda dan terpaksa melakukan perbuatan itu setelah dicabar pondan yang berada di tepi jalan.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang tidak mempunyai rekod lampau.
Selepas mendengar rayuan pembelaan dan meneliti fakta kes yang disediakan pihak pendakwaan, Majistret, Nor Azizah Yusof kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga seorang suri rumah berada di tepi tingkap melihat tertuduh memandang ke arahnya sebelum tertuduh membuka seluarnya dan menunjukkan kemaluan kepada mangsa.
Pengadu kemudian memarahi tertuduh, namun tertuduh tetap meneruskan perlakuan itu sebelum naik ke rumahnya yang terletak bertentangan dengan rumah mangsa dan sekali lagi menunjukkan kemaluannya.

No comments:

Post a Comment