Sunday, October 24, 2010

Dkunci Banduan

3 pengawal penjara, timbalan sherif terkunci dalam sel


PARAGOULD (Arkansas): Seorang banduan mengunci tiga pengawal dan seorang timbalan sherif dalam sel ketika mereka leka mencari barang larangan di kalangan tahanan, lapor media semalam.

Akhbar Paragould Daily Press berkata, seorang banduan, Jacob Rodden keluar dari selnya dan berlari menutup pintu sel tahanan berhampiran dan menekan nombor keselamatan ketika pegawai leka menjalankan pemeriksaan.


Keadaan itu menyebabkan empat anggota keselamatan terbabit terkurung bersama banduan dalam sel berkenaan.


Rodden kemudian mengunci dirinya di ruang pelawat sebelum ditahan dan diletakkan dalam pengasingan untuk tempoh tidak ditentukan sebagai hukuman.


Sherif Paragould, Dan Langston, berkata insiden di Penjara Greene County itu berlaku kerana anggota keselamatan terbabit cuai ketika menjalankan tugas.


“Mereka kemudian dibebaskan oleh seorang banduan yang bersimpati. Tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. - AP

No comments:

Post a Comment