Tempah skylift, dapat jentera bomba
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM182,000 setelah mendakwa ditipu sebuah syarikat menjual kenderaan terpakai dari Jepun baru-baru ini.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tee, 46, berkata, pada Julai dan Ogos lalu, dia menempah dua buah skylift jenis Mitsubishi SkyMaster terpakai dengan harga RM182,000 menerusi laman web syarikat itu dan sepatutnya menerima tempahan itu secara berperingkat pada bulan ini.
Namun, pada 2 Oktober lalu, Tee yang menerima tempahan pertamanya di Pelabuhan Klang terkejut mendapati kenderaan yang dihantar bukan seperti yang ditempah, sebaliknya sebuah jentera bomba jenis ‘Hino Ranger’.
“Saya menempah skylift tetapi yang saya dapat ialah jentera bomba. Jadi saya enggan terima tempahan itu dan meminta syarikat penghantaran supaya menghantarnya pulang semula ke Jepun,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment