Wednesday, October 20, 2010

Tegur Kena Belasah

Dibelasah teman lelaki adik di pasar raya


AMPANG: Teguran ikhlas seorang abang kepada adik perempuannya supaya tidak bermalam di rumah teman lelaki membawa padah apabila dia dibelasah teman lelaki adiknya itu yang juga sepupunya di pasar raya di Ampang, kelmarin.

Akibatnya, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa cedera di pipi dan leher.


Menurut sumber polis, mangsa berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan pada mulanya bertemu dengan adik perempuan dan teman lelakinya ketika dia bertugas di premis berkenaan.


“Sebaik bertemu, mangsa mengajak kedua-duanya keluar berbincang mengenai hubungan mereka dan menegur sikap adiknya yang sering bermalam di rumah teman lelakinya itu.


“Secara kebetulan, teman lelaki adiknya itu sepupu mereka dan ini membuatkan mangsa tidak mahu kedua-duanya membuat perkara buruk kerana takut dipandang serong ahli keluarga,” katanya.


Menurutnya, sebaik menegur perbuatan kedua-dua mereka, dia secara tiba-tiba diserang sepupunya itu dan juga rakannya yang ketika itu berada di pasar raya berkenaan.

“Sepupunya itu dikatakan naik angin dan tidak dapat menerima nasihat yang diberikan sebelum mengajak rakannya menyerang dan membelasah mangsa.


“Mangsa yang tidak tahan ditumbuk dan dipukul melarikan diri masuk ke dalam pasar raya,” katanya.

No comments:

Post a Comment