Monday, December 13, 2010

Dah Rugi Sebab Nak Kaya

Rugi RM300,000 gara-gara mahu kaya segera

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Gara-gara mahu memperoleh kekayaan dengan kadar segera, segelintir masyarakat di negara ini masih tidak serik walaupun telah berulang kali akhbar memaparkan isu-isu penipuan melibatkan syarikat jualan langsung.

Hari ini seorang lagi tampil mendakwa ditipu skim perniagaan tersebut. Pengadu yang dikenali sebagai San, 23, itu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM300,000 akibat terpedaya dengan keuntungan atas angin yang ditawarkan.

Menurutnya, akibat daripada kerugian itu dia terpaksa menerima tamparan hebat apabila perlu berdepan dengan ahli keluarga yang telah melaburkan wang yang banyak untuk perniagaan itu.

“Pelaburan ini merupakan wang adik-beradik tetapi saya yang bertanggungjawab menarik mereka untuk menyertainya. Niat saya ikhlas sekadar mahu membantu namun tidak menyangka sebaliknya pula berlaku.

“Apa yang paling saya kesalkan apabila ayah saya turut terlibat dengan pelaburan berjumlah RM30,000. Wang pencen yang sepatutnya digunakan untuk mengerjakan haji lesap begitu sahaja,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.

Menurutnya, syarikat itu menarik minat orang ramai untuk menyertainya apabila menjanjikan pulangan lumayan iaitu sebanyak dua kali ganda.

Malangnya, tawaran lumayan itu tidak dipenuhi malahan mereka pula terpaksa menanggung beban hutang apabila perlu melangsaikan pinjaman yang dibuat kepada bank.

“Sekarang, semuanya menanggung hutang. Ada yang terpaksa bergolok bergadai untuk menyelesaikan hutang yang telah dibuat,” katanya.

No comments:

Post a Comment