Saturday, December 18, 2010

Nak Cuti Nak Gaji?

ELAUN CUTI BERSALIN

TIDAK kira swasta mahupun kerajaan, masing-masing sibuk berkehendakan cuti bersalin selama 90 hari. Tetapi jika kami bercuti untuk bersalin, tiada elaun untuk kami sebagai guru KAFA. Elaun kami tetap dibayar walaupun semasa kami cuti bersalin, tetapi selepas itu akan disuruh dikembalikan kepada pejabat agama.

Kalau selepas ini semua pekerja wanita diberi cuti bersalin 90 hari= 3 bulan, maka kami semua terpaksa memulangkan sebanyak RM800 x 3= RM2,400. Jumlah itu bagi yang mendapat elaun sebanyak itu, kalau lebih lagi banyak kena dipulangkan?

Apa yang menjadi kemusykilan ialah kenapa kami tidak berhak untuk menikmati cuti bersalin itu dengan rasa seronok. Sekarang hendak mengandung pun terpaksa buat kira-kira. Jika bersalin terkena waktu musim sekolah, banyaklah duit yang terpaksa di kembalikan. Hendak bersalin waktu cuti sekolah, perancangan kena baik dan bergantung pada rezeki yang Allah beri.

Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada tetapi hanya mahukan satu keadilan buat guru-guru KAFA yang tersisih daripada mendapat pembelaan yang sewajarnya.

GURU KAFA

Negeri Sembila

No comments:

Post a Comment