Wednesday, December 15, 2010

Hadiah


Anggap hadiah RM10,000 rezeki anak kedua

YUSRI bersama hadiah dan lukisannya yang memenangi pertandingan anjuran Maybank di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Seorang pelukis sepenuh masa yang bakal menimang cahaya mata kedua pada Mac tahun depan diumumkan sebagai pemenang pertandingan melukis anjuran Maybank semalam.

Yusri Sulaiman, 33, yang berasal dari Perak memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 menerusi lukisan bertemakan Expressions of The Tiger.

"Saya memang tidak menyangka akan menang memandangkan ada 84 peserta lain menyertai pertandingan itu.

"Lagipun ini kali pertama saya menyertai pertandingan. Mungkin ia rezeki anak saya yang akan lahir tahun depan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah tersebut di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

No comments:

Post a Comment