Tuesday, January 4, 2011

Ikan Pun Kena Curi


Pengusaha rugi RM10,000

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my

SETAFAR Hitam menunjukkan sangkar ikannya yang menjadi mangsa pencuri di Kampung Bukit Lada, Kerdau, Temerloh baru-baru ini.

TEMERLOH 3 Jan. – Seorang pengusaha ikan sangkar di Kampung Bukit Lada, Kerdau, dekat sini kerugian hampir RM10,000 apabila kebanyakan ikan yang diternak dicuri beberapa kali sepanjang tahun lalu.

Pengusaha ikan sangkar itu, Setafar Hitam, 60, berkata, projek ternakan ikan sebanyak 21 sangkar itu telah diusahakannya sejak enam tahun lalu bersama anak lelakinya, Razali, 33.

Katanya, mereka menternak ikan seperti patin, talapia, kerai dan lampam jawa yang mempunyai pasaran tinggi serta menjadi pilihan utama penggemar ikan air tawar itu.

“Sudah setahun masalah kecurian ikan berlaku dan ia membabitkan jumlah yang terlalu banyak. Hampir 1,000 ekor dicuri dalam satu-satu masa dan kami mengalami kerugian besar.

“Pencuri itu datang ketika kami pulang ke rumah dan saya yakin mereka sudah mengintai secara jarak jauh untuk menunggu kami pulang. Mereka datang menggunakan bot enjin dan mencuri menggunakan penyauk,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bagi Razali, mereka percaya ikan itu dijual pada pemborong lain dengan harga lebih murah.

Katanya, dia kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil hak orang lain dengan sewenang-wenangnya.

“Bukan senang mengusahakan ikan sangkar ini kerana memerlukan kos yang sangat tinggi. Tambahan pula harga makanan ikan kini sangat mahal dan kes kecurian ini mendatangkan beban kepada kami.

“Kecurian terbaharu berlaku pada malam 1 Januari lalu dengan jumlah ikan dianggarkan sebanyak 500 ekor. Kami sangat sedih kerana punca rezeki kami dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment