Wednesday, April 6, 2011

Ajal Di Bas Stand


Gadis ditemui mati di perhentian bas

MAYAT Nur Ain Mohd. Salleh yang meninggal dunia dipercayai akibat semput di perhentian bas kilometer 18, Serkam Darat, Jasin, Melaka, semalam.

JASIN 5 April – Seorang gadis berusia 23 tahun dari Serting, Negeri Sembilan, ditemui mati dalam keadaan terduduk di sebuah perhentian bas di Kilometer 18, Serkam Darat, dekat sini hari ini.

Mangsa, Nur Ain Mohd. Salleh, ditemui oleh seorang peniaga berhampiran tempat kejadian.

Peniaga terlibat, Daud Mat Said, 63, berkata, dia ternampak mangsa dalam keadaan terduduk di perhentian itu sejak pukul 11.40 pagi.

“Saya ingatkan dia sedang menunggu bas pada awalnya. Memang saya perasan dia tertidur dalam keadaan duduk sambil kepalanya tunduk di atas beg yang diriba.

“Saya mula curiga apabila menyedari dia tidak berganjak dari kedudukan asalnya pada pukul 2.30 petang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menyedari sesuatu yang tidak kena, dia telah menghampiri gadis berkenaan dan cuba mengejutnya, tetapi mendapati Nur Ain sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Polis percaya mangsa meninggal dunia disebabkan penyakit semput yang dialami berdasarkan beberapa ubat yang ditemui di dalam beg yang dibawanya,” kata beliau.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment