Friday, April 8, 2011

Guru Ditumbuk

Guru wanita cedera ditumbuk pelajar

KANGAR 7 April – Seorang guru wanita, cedera di hidung dikatakan akibat ditumbuk oleh seorang pelajar tingkatan dua, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Padang Besar, dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku ketika guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, memanggil pelajar tersebut selepas melihat satu pergaduhan berlaku di luar sebuah kelas di sekolah itu, pukul 12.30 tengah hari.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri berkata, sebaik sahaja dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai pergaduhan itu, pelajar terbabit terus menumbuk guru berkenaan.

Menurutnya, guru itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini oleh rakan-rakannya untuk mendapatkan rawatan sebelum laporan dibuat kepada pihak polis.

“Ketika kejadian, guru berkenaan yang mengajar mata pelajaran Sejarah dipercayai dalam sesi pertukaran kelas,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, guru tersebut ketika ditemui di HTF enggan mengulas lanjut dan masih dalam keadaan terkejut ekoran kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima aduan mengenai kejadian tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, kata beliau, polis juga turut menerima satu lagi aduan daripada seorang pelajar sekolah yang sama mengenai kejadian dia ditendang oleh seorang pelajar lain dan siasatan sedang dijalankan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment