Friday, April 8, 2011

Jual Datuk Palsu

Datuk dan wanita didakwa jual darjah palsu

KOTA BHARU 7 April - Seorang ahli perniagaan dan seorang wanita ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikatakan terlibat dalam penganugerahan darjah kebesaran dan datuk palsu.

Difahamkan kedua-duanya ditahan oleh sepasukan anggota SPRM Putrajaya selepas hadir memberikan kenyataan di pejabat SPRM Kelantan di sini pagi ini.

Lelaki yang bergelar datuk itu bersama wanita terbabit kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kereta Proton Waja keluar dari pejabat tersebut pukul 4.45 petang untuk dibawa ke ibu negara.

Menurut sumber, kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 16a Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menjual dan menerima wang untuk anugerah Dato' Diraja Duli Yang Maha Mulia Long Yunus.

Sementara itu, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dalam kenyataannya hari ini memberitahu, dua ahli jawatankuasa sebuah persatuan berkaitan penganugerahan Datuk Diraja akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur, esok.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V kecewa dengan tindakan pihak tertentu memberikan darjah kebesaran, termasuk gelaran datuk tanpa kebenaran Istana Kelantan.

Pihak terbabit dikatakan menggunakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk memberikan anugerah itu dan nilai untuk gelaran datuk didakwa mencecah RM150,000.

Majlis penganugerahan darjah kebesaran itu diadakan dua kali pada hujung tahun lalu dan pertengahan bulan lepas.
TAJUK

No comments:

Post a Comment