Friday, April 1, 2011

Sewa Rumah Pun Kena Songlap

Songlap duit rumah sewa

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih berusia 30-an dikesan menyamar sebagai penyewa utama di sebuah kondominium mewah di kawasan Pantai Dalam, di sini, untuk mengaut keuntungan dengan menipu rakan serumah lain kononnya mereka diberi kebenaran untuk mengutip sewa bagi pihak tuan rumah.

Bagaimanapun, bayaran sewa itu tidak pun dimasukkan ke dalam akaun tuan rumah sebaliknya digunakan pasangan itu untuk modal perniagaan mereka. Sebaik ‘tembelang’ mereka pecah, pasangan itu segera menghilangkan diri.


Difahamkan, pasangan terbabit yang dikenali sebagai Sarah dan Razif itu menjalankan perkhidmatan pengurusan majlis melalui laman web mereka mula menyewa di bilik utama kondominium berkenaan sejak Oktober tahun lalu.

Hasil kelicikan Sarah, tuan rumah mereka, seorang wanita tempatan yang berhijrah ke Australia mula mempercayai pasangan terbabit untuk mengutip sewa daripada rakan serumah mereka bagi pihaknya sebelum dimasukkan ke akaun banknya.


Mangsa yang dikenali sebagai Sakinah, 45, berkata dia tinggal menyewa di kondominium itu sejak Januari tahun lalu, manakala pasangan terbabit pula menyewa Oktober tahun sama.


Katanya, sejak November lalu, dia bersama seorang lagi penghuni akan menyerahkan sewa RM1,400 kepada Sarah.

Namun, bulan lalu, dia terperanjat selepas tuan rumah menghubungi rakan serumahnya dan memaklumkan dia tidak menerima apa-apa wang sewa sejak Disember tahun lalu.

No comments:

Post a Comment