Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Friday, March 4, 2011
Air Seluar Dalam Tunduk Laki
Rebus seluar dalam tundukkan suami
Selepas Saka Jentayu, drama terbaru, Mantera Anjasmoro yang mengisahkan pendamping dan amalan memuja ilmu hitam bagi menundukkan suami dan kecantikan kini mengisi slot Seram.
Drama 13 episod lakonan Sharifah Shahriza (Eja), Adi Putra, Fouziah Gous dan Raja Norbaizura itu setiap Khamis jam 9.30 malam bermula 3 Mac lalu.
Pengarahnya, Aidilfitri Mohamad Yunos berkata, kelainan drama ini adalah metafora amalan ilmu Jawa Kawi apabila seseorang wanita itu terdesak untuk kelihatan cantik dan menakluki suaminya.
“Dalam satu adegan, saya paparkan si isteri sanggup merebus seluar dalam suaminya dan kemudian air rebusan itu dipuja sebelum diberikan kepada suami untuk diminum.
“Selain itu, drama ini memaparkan visual grafik cantik seperti 56 shot menggunakan imej janaan komputer (CGI) dan menunjukkan muka sebenar Sabrina selepas mengamalkan ilmu itu,” katanya.
Menurutnya, nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton mengamalkan ilmu jahat yang melibatkan serapah dan makhluk halus.
Drama ini menampilkan Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid. Mereka adalah pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.
Malangnya, selepas beberapa tahun berkahwin mereka masih belum dikurniakan anak dan suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous).
Sabrina pula terpedaya dengan tilikan seorang wanita bernama Ramona (Raja Norbaizura).
Persoalannya, apakah yang ditilik dan apakah misteri sebenar di sebalik personaliti memukau Ramona?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment