Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Friday, March 18, 2011
Kena Tukar asrama Pun sampai nak memarang
Cuba parang pensyarah
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Hanya kerana ditukar ke bilik asrama lain, seorang siswa lelaki sebuah kolej swasta di sini yang berusia 25 tahun, nekad cuba mencederakan warden yang juga pensyarahnya dengan menyerang wanita berkenaan menggunakan parang.
Pelajar terbabit turut mengugut membunuh pensyarah berusia 47 tahun itu selain mengarahkan mangsa menarik balik arahan menukar bilik yang dikeluarkannya sebelum itu.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, warden terbabit bernasib baik apabila suspek dapat dihalang sekumpulan siswa lain yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.
Bimbang mengenai keselamatannya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini dan berdasarkan aduannya mangsa memaklumkan siswa terbabit memang seorang yang bermasalah.
Bagaimanapun, menurut sumber, mangsa mengarahkan siswa itu ditukarkan ke bilik lain bukan semata-mata disebabkan masalah dirinya, sebaliknya ia untuk keselesaan semua siswa berikutan premis asrama berkenaan sudah didiami terlalu ramai penghuni. “Dalam aduannya, mangsa memberitahu kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan ke tempat letak kereta sebelum didatangi suspek yang memarahinya.
“Mangsa cuba menenangkan pelajarnya itu dengan memberikan penjelasan, namun tidak diendahkan. Sebaliknya, suspek memaki hamun mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana tidak mahu masalah menjadi lebih serius, namun tindakannya masih tidak memuaskan hati suspek.
“Suspek pergi ke keretanya dan mengambil parang sebelum berlari ke arah mangsa dipercayai untuk menyerangnya sambil menjerit mahu membunuh mangsa.
“Tersentak dengan itu, mangsa menjerit meminta pertolongan dan dia bernasib baik kerana terdapat sekumpulan lima siswa lelaki yang melalui kawasan berkenaan.
“Kumpulan siswa itu menghalang suspek sebelum mereka mengarahkan mangsa meninggalkan kawasan itu,” katanya.
Sumber itu berkata, sebaik suspek meninggalkan kawasan itu suspek ditenangkan kumpulan pelajar berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment