Sunday, March 27, 2011

Badang



Badang junior



BESAR... Lu Hao bermain sendirian di rumah.
IBU bapa seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan mempunyai berat badan melebihi 60 kilogram menyuarakan kebimbangan mereka mengenai cara untuk menguruskan diet kanak-kanak itu kerana mereka takut padanya.

Lu Hao dari China terlalu berat dan dengan seberat 61 kilogram, berat badannya itu adalah lima kali ganda berbanding kanak-kanak seusianya.



BERAT... Lu Yungcheng mendukung anaknya.


MEMBIMBANGKAN... berat Lu Hao lima kali ganda berbanding kanak-kanak seusianya.

Dia menjadi begitu besar dan keluarganya takut dengannya. Malah mereka sudah tidak berdaya untuk melarangnya daripada makan.

Ibu bapa Lu Hao berkata, dia akan mengamuk jika tidak dapat mangkuk nasi ketiga atau keempat ketika makan.



Ibunya, Chen Huan yang berasal dari Dashan, wilayah Guangdong memberitahu: “Kami terpaksa membiarkannya makan. Jika tidak, dia akan menangis tanpa henti, seolah-olah kami tidak memberikannya makan langsung.”



Menurut Chen, dia cuba beberapa kali untuk mengurangkan makanan anaknya sebelum ini, tetapi meskipun berusaha sedaya upaya, berat badan Lu Hao naik sebanyak 10 kilogram pada tahun lalu saja.

Kanak-kanak itu dilarang daripada menghadiri kelas bimbingan kanak-kanak kerana bimbang saiznya yang amat besar itu mengundang bahaya kepada kanak-kanak lain. Kerana itu Lu Hao hanya bermain sendirian di rumahnya.

Tetapi, dia kini bertambah sukar untuk bergerak. Kerana terlalu berat, Lu cepat penat.

Anehnya, Lu Hao dilahirkan tidak cukup berat, hanya 2.8 kilogram. Tetapi berat badannya bertambah apabila dia mula berumur tiga bulan dan tidak berhenti sejak itu.

Bapanya, Lu Yuncheng, yang menghadapi masalah untuk mendukungnya berkata: “Dia mempunyai selera makan yang kuat. Dia boleh makan tiga mangkuk besar nasi untuk sekali makan.

Tahun lalu, ibu bapa Lu Hao yang bimbang membawanya menemui pakar di Hospital Kanak-Kanak Guangdong.

Doktor berpendapat kemungkinan berat badan Lu Hao ada kaitan dengan masalah hormon.

Dr Lu Hong berkata ketika itu: “Dia bukan menghadapi masalah berat melampau saja tetapi juga terlalu tinggi. Kerana itu kami mungkin boleh merawatnya jika ia benar-benar berkait dengan hormon. Tetapi dia tidak boleh kekal begini kerana ia mungkin menyebabkan tekanan pada jantungnya.”

Satu kajian kerajaan baru-baru ini menunjukkan terdapat 60 juta orang menghadapi masalah gemuk melampau di China, meningkat dua kali ganda daripada jumlah antara 1992 dan 2002.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

No comments:

Post a Comment