Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Saturday, March 12, 2011
Gula Jatuh
11 kampit gula terjatuh atas jalan
Mohd. Yuzi hanya mampu mengawasi kampit gula yang jatuh dari treler yang dipandunya ketika melalui selekoh di Jalan Abdul Manan, Meru di Klang semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi
KLANG 11 Mac - Seorang pemandu treler yang membawa muatan kampit gula terkejut apabila 11 daripada 16 kampit bahan itu terjatuh ketika melalui selekoh di Jalan Abdul Manan, Meru berhampiran Klang Sentral di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi, pemandu treler berusia 30 tahun yang hanya dikenali sebagai Mohd. Yuzi berkata, dia hanya menyedari 11 kampit beras itu terjatuh apabila berasa kenderaannya lebih ringan selepas melepasi selekoh tersebut.
Selepas memeriksa kenderaannya, dia mendapati 15 tali pengikat di bahagian kanan treler itu putus menyebabkan kampit-kampit gula itu jatuh ke atas jalan raya.
Tambahnya, ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari stor gula di Sungai Buloh menghala ke sebuah kilang susu di Persiaran Hamzah Alang di Meru.
"Ketika melalui selekoh di Jalan Meru, saya terdengar seperti ada benda jatuh dan pada masa sama saya dapat merasakan yang treler saya menjadi semakin ringan.
"Sebaik sahaja berhenti di bahu jalan, saya nampak 11 kampit gula sudah berada di atas jalan bersama pelapik-pelapik plastik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Bagaimanapun, Mohd. Yuzi bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku berikutan kejadian itu.
Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian kira-kira pukul 1 petang ini mendapati semua kampit gula itu belum dialihkan tetapi keadaan lalu lintas bergerak lancar.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment