Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Sunday, March 13, 2011
Mati Mengejut
Tanjung Tuan gempar
Oleh NOR AZIAH OTHMAN
am@hmetro.com.my
BANTU... mayat Tan terbaring dikerumuni orang ramai.
PORT DICKSON: Suasana program ‘minggu burung pemangsa’ atau Raptor Watch (RW) di Tanjung Tuan, dekat sini, gempar seketika apabila seorang pelancong warga emas tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, Tan Kim Chu, 62, berasal dari Melaka bersama lima rakannya sebelum itu dikatakan mendaki laluan utama menuju ke kawasan berkenaan untuk menyaksikan fenomena unik terbabit.
Rakan mangsa, Tan Kim Hock, 56, berkata mangsa ketika itu dilihat dalam keadaan sihat dan teruja untuk melihat ribuan burung pemangsa yang berhijrah di kawasan berkenaan.
“Dia (mangsa) kerap bercerita mengenai burung pemangsa sejak malam tadi (kelmarin) dan membawa peralatan lengkap seperti teropong jarak jauh dan kamera untuk merakam fenomena alam itu.
“Namun, sejurus selepas memulakan pendakian, dia tiba-tiba jatuh pengsan sebelum diberikan bantuan pernafasan oleh pasukan paramedik tetapi gagal diselamatkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurut Kim Hock, mangsa yang masih bujang kemudian dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.
Sementara itu, tinjauan Metro Ahad mendapati ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara hadir menyaksikan RW, terutama burung helang.
Program berlangsung selama dua hari bermula semalam itu dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan kerjasama PNB Ilham Resort, Persatuan Hotel Negeri Sembilan dan Kementerian Pelancongan.
Penghijrahan musim bunga berlaku setiap tahun antara pertengahan Februari hingga April dengan menjadikan Tanjung Tuan sebagai syurga pemerhati burung pemangsa sepanjang tempoh berkenaan.
Selain itu, program dimeriahkan lagi dengan kehadiran aktres terkenal, Maya Karin iaitu duta RW buat kali keempat berturut-turut.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment