Tuesday, March 15, 2011

Dera Kucing

Pendera haiwan sakit mental

UNTUK keselamatan semua orang, saya berharap pihak polis mengambil tindakan undang-undang dengan serta-merta terhadap seorang wanita berumur 21 yang dipercayai terbabit dalam kes penderaan kucing di kawasan Serdang.

Dalam satu rakaman video di Youtube, wanita tersebut menggunakan payung untuk memukul kucing, menendang dan memijak haiwan itu sehingga mati.

Membiarkan sahaja orang yang mendera dan membunuh haiwan tanpa melaksanakan hukuman terhadap mereka akan mengancam keselamatan seluruh komuniti.

Ini disebabkan pendera haiwan adalah pengecut yang melepaskan perasaan ketidakpuasan mereka terhadap haiwan-haiwan yang tidak mempunyai kuasa untuk melindungi diri sendiri. Sasaran mereka biasanya termasuk manusia.

Pakar kesihatan mental dan pegawai-pegawai penguat kuasa undang-undang menganggap kes penderaan haiwan satu amaran yang sangat serius.

Persatuan Psikologi Amerika Syarikat telah mengenal pasti kelakuan mendera haiwan merupakan salah satu kriteria diagnostik bagi gangguan kelakuan.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menggunakan laporan jenayah ini untuk menganalisis potensi ancaman yang akan dibawa oleh penjenayah dan orang disyaki.

FBI mendapati sejarah kes penderaan haiwan sering muncul di rekod-rekod pembunuh dan perogol bersiri. Pakar-pakar bersetuju bahawa sikap macam ini merupakan tindakan kekerasan dan mangsa yang dikorbankan tidak tentu spesiesnya - mungkin manusia atau binatang.

Penjenayah Dennis Rade (pembunuh bersiri) yang telah membunuh 10 orang mengakui bahawa dia memulakan kelakuan kejam terhadap haiwan semasa dia masih seorang kanak-kanak.

Dia mencekik anjing dan kucing sebelum mula membahayakan manusia.

Jeffrey Dahmer, seorang pembunuh bersiri dan kanibal mendera haiwan dengan menggunakan batang tajam untuk mencucuk kepala anjing dan kucing.

Albert DeSalvo (orang pencekik Boston) memasukkan anjing dan kucing dalam kotak oren dan menembak dengan menggunakan anak panah.

Dengan mempertimbangkan bahawa banyak penjenayah yang terkenal juga pernah membahayakan haiwan dengan sengaja, kita tidak sepatutnya mengabaikan kelakuan mendera haiwan.

Jika wanita di Serdang itu dinyatakan bersalah atas penderaan haiwan, penilaian psikologi yang teliti dan rawatan untuk mencegah tindakan kekerasannya perlu dijalankan dalam tempoh pemulihannya. Dia juga harus dilarang daripada menghampiri haiwan.

Pendera haiwan biasanya akan mengulangi kesalahan mereka.

Tragedi itu juga menunjukkan bahawa pendidikan insani merupakan satu komponen yang sangat penting dalam kurikulum semua sekolah.

Anak-anak yang belajar perasaan empati akan menjadi seorang rakyat yang bertimbang rasa dan dengan itu, membentuk satu komuniti yang aman damai.

Pegawai-pegawai penguat kuasa Malaysia telah gagal untuk mencari seorang lelaki dalam satu rakaman video yang mendera anjing semasa mengajar ia berdiri dengan menggunakan kaki belakang.

Lelaki tersebut menggoyang, memukul dan membaling anjing itu dalam satu bilik. Pegawai-pegawai penguat kuasa Malaysia tidak sepatutnya gagal lagi dalam kes ini.

Polis memainkan peranan yang sangat penting dalam melindungi komuniti dan menghantarkan mesej yang kuat bahawa Malaysia tidak akan bertolak-ansur terhadap sesiapa yang mendera haiwan dengan menahan wanita itu serta merta di bawah akta dan undang-undang haiwan.

AGNES TAM

PETA Asia (Kumpulan Pelindungan Haiwan Asia) PO Box 1700 Hong Kong.

TAJUK-TAJUK BERITA

No comments:

Post a Comment