Saturday, March 12, 2011

Polis Siasat Rumah Hilang

Polis siasat terperinci rumah hilang

KANGAR 11 Mac - Polis kini menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut berhubung kes 'kehilangan' sebuah rumah milik seorang wanita di Kampung Bakau di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin memberitahu, siasatan lanjut perlu dilakukan kerana rumah tersebut dikatakan telah lama ditinggalkan sejak banjir besar melanda negeri ini tahun lalu.

"Kita kena lihat daripada pelbagai sudut kerana ia melibatkan rumah yang sudah lama tidak didiami," kata beliau di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai seorang wanita, Zuria Ali, 30, yang terkejut apabila mendapati rumah papan dua tingkat miliknya hilang selepas dia sendiri pergi ke kampung tersebut Jumaat lalu.

Zuria yang menetap di Perak mendapati, perkakas di dalamnya seperti pinggan mangkuk, almari, perabot, meja makan dan peti ais juga telah lesap.

Abdul Rahman berkata, rumah tersebut dibina atas tanah milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs).

Bagaimanapun, jurucakap PKENPs ketika dihubungi untuk mengesahkan mengenai status pemilikan tanah tersebut berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan supaya rumah berkenaan dirobohkan.

No comments:

Post a Comment