Suami dibakar kerana wang
HANOI - Seorang isteri mengaku menyiram petrol dan membakar suaminya semasa mangsa sedang tidur kerana pertikaian wang, kelmarin.
Mangsa, Le Hoang Hung, 50, disyaki dibakar oleh isterinya, Tran Thi Thuy Lieu, 40, yang sering berjudi dan bertengkar dengan suaminya kerana wang.
Hoang Hung, meninggal dunia pada 29 Januari lalu, selepas 10 hari menerima rawatan luka kebakaran tahap tiga yang meliputi 20 peratus tubuhnya.
Suspek dikatakan kehilangan 1 bilion dong (RM143,000) dalam 22 lawatan judi ke Kemboja, Disember lalu.
Suspek dikatakan mendesak suaminya untuk menjual rumah mereka di bandar Tan An, wilayah Long An, tetapi mangsa tidak bersetuju dengan cadangan itu.
No comments:
Post a Comment