Saturday, February 12, 2011

Klinik Triang Kepoh

TERKILAN DOKTOR KLINIK TRIANG

SAYA adalah seorang ibu kepada bayi berusia 22 hari dan pada 8 Februari 2011, saya pergi ke Klinik Kesihatan Triang Maju kerana bayi saya diserang selesema.

Saya kesal dengan layanan doktor yang bertanyakan soalan, “Awak nak saya buat apa? Saya dan ibu saya terkejut dengan soalan itu dan tanpa menjelaskan masalah anak saya, doktor itu mencadangkan saya melayari Internet di rumah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan masalah kesihatan anak saya. Apa saya jawab tidak ada masa untuk melayari Internet di rumah, doktor itu menyindir dengan berkata, “ bayi tidur 16 jam sehari”.

Tidak cukup dengan itu, apabila saya meminta ubat ruam, doktor tersebut bertanya pula, ”Kenapa anak saya perlu ubat itu, sedangkan isteri saya (isteri doktor) yang baru melahirkan anak, tidak memerlukan ubat ruam.”

Saya pulang ke rumah dengan rasa keliru dan tertanya-tanya, kenapa kami mendapat layanan seperti itu? Kami tidak akan ke klinik jika kami sihat. Tidakkah doktor tahu bahawa dengan memberikan nasihat dan kata-kata semangat, itu sudah mampu menenangkan pesakit?

NURULHUDA SUHAIME

Triang, Pahang

No comments:

Post a Comment