Monday, February 21, 2011

Mesin Kira Wang salah

Wang hilang di mesin deposit

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my
ALOR SETAR 20 Feb. – Seorang peniaga mendakwa kehilangan wang sebanyak RM1,360 ketika memasukkan sejumlah RM4,555 ke dalam akaun isterinya melalui mesin deposit wang automatik di sebuah bank di sini pada hujung tahun lalu.

Ooi Kuan Lai, 41, mendakwa, dia memasukkan wang tersebut pada 25 November tahun lalu, namun penyata yang dikeluarkan bank pada surat yang bertarikh 15 Disember menyatakan duit yang didepositkan cuma RM3,195.

Katanya, ketika mendepositkan wang tersebut, dia mengepilkan wang kertas RM5 sebanyak 20 keping.

“Namun semasa proses transaksi tersebut, wang RM5 ini tidak diterima dan tersangkut pada mesin. Saya cuba menarik wang itu tetapi cuma memperoleh sembilan keping manakala baki 11 keping lagi ‘ditelan’ oleh mesin.

“Saya kemudian membuat aduan di kaunter bank tersebut dan mengisi borang aduan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Pergerakan Pemuda MCA, Loh Eng Chong.

Dakwa Kuan Lai lagi, pada 25 Disember lalu, dia menerima penyata akaun daripada bank yang memaklumkan wang dalam akaun isterinya yang didepositkan pada 25 November itu berjumlah RM3,195.

Katanya, beliau hairan bagaimana wang tersebut boleh berkurangan RM1,360 dan mengesyaki ada berlaku kesilapan teknikal atau wujud penyelewengan terhadap wang tersebut.

“Saya yang tidak berpuas hati membuat laporan di Balai Polis Alor Setar pada 14 Januari lalu,” katanya.

Tambahnya, dia turut menerima satu lagi penyata akaun bertarikh 31 Januari bahawa pihak bank telah mendepositkan wang sebanyak RM405 pada 26 Januari, namun masih lagi mendapat bakinya sebanyak RM955.

“Saya berharap baki wang saya dapat diselesaikan oleh pihak bank,” katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment