Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Friday, February 11, 2011
Datuk VS Cucu
Warga emas rogol cucu didakwa
KOTA BHARU – Seorang datuk berusia 89 tahun dari Pasir Puteh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang cucunya, Ogos tahun lalu.
Che Wel Ibrahim dari Kampung Kolam Tembesu, Pasir Puteh dituduh melakukan perbuatan jijik berkenaan terhadap cucunya yang berusia 10 tahun enam bulan ketika itu.
Dalam kejadian jam 9 malam tersebut, Che Wel didakwa merogol mangsa di sebuah kandang lembu berhampiran rumahnya di alamat tanpa nombor kampung berkenaan, 25 Ogos 2010.
Datuk yang gagal mengingati jumlah cucu yang dimilikinya itu hadir ke mahkamah, awal pagi semalam dengan mengenakan kain pelekat dan berkopiah putih.
Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit dan memohon dirinya dibicarakan pihak mahkamah.
Pada prosiding jam 11 pagi itu, tertuduh memberitahu mahkamah akan berbincang dengan anaknya dalam urusan pelantikan peguam bela bagi pihaknya.
Hakim Zainal L Salleh mengingatkan tertuduh bahawa dakwaan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang dikenakan terhadapnya itu adalah kesalahan serius.
“Kamu boleh dikenakan penjara sehingga 30 tahun jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Jika disabitkan, Che Wel juga berdepan hukuman sebat mengikut peruntukkan di bawah seksyen berkenaan.
Sebelum itu, polis yang membawa Che Wel pada mulanya naik ke Mahkamah Majistret (2) di tingkat tiga bangunan tetapi terpaksa diturunkan semula apabila mereka sebenarnya tersilap mahkamah.
Insiden itu mengakibatkan tertuduh termengah-mengah sehingga terbatuk di tangga tersebut dan kemudian di bawa ke tempat sepatutnya, Mahkamah Sesyen (2).
Mahkamah menetapkan 9 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes tertuduh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment