Prosedur masuk Wad 1, 2 dan 3
PIHAK Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan pengadu mengemukakan aduan berhubung Bahagian Pendaftaran Masuk Wad di ruangan Forum SMS dalam akhbar Utusan Malaysia pada 14 Februari 2011.
Untuk makluman, bilangan katil bagi wad kelas pertama di hospital ini adalah terhad iaitu hanya sebanyak 19 katil boleh ditempatkan pada satu masa. Semasa pendaftaran dibuat, kelayakan wad akan ditentukan samaada wad satu, dua atau pun tiga.
Berdasarkan kepada Standard Operating Procedure (SOP) dan keadaan di HTAR, pesakit akan dimasukkan ke wad kelas ketiga terlebih dahulu untuk menjalani pemeriksaan dan pemantauan doktor kecuali kes-kes tertentu.
Pesakit yang layak untuk ke wad kelas pertama, nama beliau akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu untuk ditukarkan ke wad kelas pertama.
Bagi kes akut yang layak untuk ke wad kelas pertama juga akan ditempatkan di wad kelas ketiga bagi pemerhatian yang rapi.
Perpindahan wad hanya boleh dipinda dengan kebenaran pegawai perubatan yang menjaganya dan bergantung kepada kekosongan katil.
Pihak hospital memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pengadu semasa berada di HTAR. Mohon kerjasama pengadu untuk menghubungi Pegawai Perhubungan Awam HTAR, di talian 03-33757000 sambungan 1018 (Cik Normaizatul Akmar Irdawathy Zulkifli ) atau sambungan 1543 (Puan Mariani Abdul Razak) bagi penjelasan lanjut.
DR. SUPATHIRATHEAVY A/P RASIAH KMN
Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
No comments:
Post a Comment