Thursday, April 14, 2011

Belasah Pasal Kura2

Anggota polis, adik cedera dibelasah kerana seekor kura-kura

KUALA TERENGGANU 13 April - Hanya kerana menyerahkan seekor kura-kura kepada seorang wanita, seorang anggota polis dan adiknya cedera dilibas dengan parang di sebuah pasar raya di Bandar Permaisuri, Setiu, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa yang berusia 26 tahun cedera di bawah mata manakala adiknya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Setiu luka di tangan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Rohaizat Abd. Ani berkata, kejadian dikatakan bermula apabila adik mangsa berusia 22 tahun menemui seorang gadis di sebuah pasar raya kerana ingin menyerahkan seekor kura-kura untuk dijaga.

Katanya, namun sebelum sempat mangsa berbuat demikian, dua lelaki yang dikenali mengajaknya ke belakang pasar raya terbabit sebelum membelasah sehingga cedera.

"Ketika mangsa mengikuti dua lelaki itu, kedua-dua suspek melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan mangsa menyerahkan kura-kura kepada gadis tersebut.

"Suspek yang berang terus menumbuk sebelum mangsa menghubungi abangnya untuk bantuan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rohaizat berkata, abang mangsa yang tiba beberapa minit kemudian untuk membantu turut diserang.

Tambah Rohaizat, pihak polis kini telah mengenal pasti tiga suspek berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment