Saturday, April 9, 2011

Main Bom


Penduduk terkejut mainan disangka bom tangan

Anggota polis melihat bom mainan yang dijumpai seorang penduduk di Pantai Sura Tengah Dungun, semalam.

DUNGUN 8 April - Seorang penduduk tergamam apabila menemui sebutir 'bom tangan' di Pantai Sura Tengah di sini ketika sedang berjogging di pantai itu pagi ini.

Lelaki itu yang enggan namanya disiarkan menemui 'bom tangan' tersebut dalam keadaan sebahagiannya tertanam dalam pasir kira-kira pukul 7.15 pagi sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun di sini.

Berikutan itu, dua anggota yang kebetulan meronda kawasan itu diarah ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, selepas diperiksa seorang pakar bom, didapati objek tersebut adalah sebutir bom tangan mainan diperbuat daripada plastik yang dipercayai dihanyutkan air laut sebelum terdampar di pantai itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Dahlan Mohd. Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai penemuan 'bom tangan' itu.

Beliau memuji tindakan penduduk berkenaan yang segera memaklumkan kepada polis mengenai penemuan itu bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

"Kita hargai tindakan cepat penduduk berkenaan memaklumkan kepada polis mengenai penemuan 'bom tangan' itu demi keselamatan orang ramai. Mujurlah ia hanya bom mainan," ujarnya.

No comments:

Post a Comment