Tuesday, April 19, 2011

Tahniah Hospital bentong

Syabas jururawat Hospital Bentong

PELANGGAN PRIHATIN
Senawang, Negeri Sembilan.

SEJAK kebelakangan ini terlalu banyak aduan mengenai jururawat-jururawat yang sering melakukan kesilapan dalam menjalan tugas. Tidak kurang juga ada jururawat yang mempamerkan sikap tidak berbudi bahasa, sombong dan berlagak. Bahkan ramai antara mereka yang tiada budaya kerja cemerlang.

Keburukan sikap jururawat ini sering saya dengar daripada kawan-kawan, juga melalui akhbar. Tetapi apabila saya sendiri mengalami situasi berhadapan dengan jururawat, terfikir oleh saya tidak semua jururawat itu tidak baik dalam menjalankan tugas mereka.

Pada 15 April lalu, kira-kira pukul 10.30 malam, saya dalam perjalanan dari Kota Bahru ke Kuala Lumpur. Tiba-tiba anak saya yang berusia dua tahun demam panas serta muntah-muntah teruk. Saya kemudian singgah di Unit Kecemasan Hospital Bentong untuk dapatkan rawatan untuk anak saya.

Memandangkan pesakit ramai di kaunter pendaftaran, saya andaikan pasti anggota bertugas menguruskan pesakit-pesakit di dalam unit kecemasan. Pendapat saya meleset sama sekali kerana hanya terdapat seorang jururawat bertugas dan pada masa itu pesakit ramai.

Apabila saya menyapa jururawat berkenaan, beliau menyambut dengan senyuman dan bertanyakan masalah saya. Saya memberitahu keadaan anak saya. Dengan segera jururawat tadi mengarahkan saya membawa masuk anak saya ke dalam bilik rawatan dan tanpa berlengah beliau terus memeriksa anak saya.

Memandangkan suhu badan anak saya tinggi 38 darjah celcius dan kelihatan kering (dehiderasi), maka jururawat tersebut memasang aliran air mengikut saluran darah, mengambil darah dan memasukkan ubat penurunan suhu ke dalam dubur anak saya.

Lebih kurang 20 minit doktor datang dan memeriksa anak saya. Semua berkaitan rawatan untuk anak saya telah pun dibuat oleh jururawat tersebut terlebih dahulu. Ini bermakna kepekaan, kebijaksanaan dan sifat profesionalisme jururawat tersebut adalah sama dengan rawatan yang diarahkan oleh doktor tersebut.

Saya berasa bertuah diberi layanan sehebat layanan yang diberi oleh jururawat pada malam tersebut. Syabas diucapkan dan harapan saya jururawat seperti inilah yang seharusnya dijadikan contoh oleh jururawat lain.

Memandangkan unit kecemasan tumpuan utama pesakit-pesakit sudah selayaknya jururawat seperti ini yang dikekalkan di unit ini.

Tahniah buat jururawat bertugas pada malam tersebut. Tahniah kepada Hospital Bentong kerana mempunyai jururawat berkaliber seperti jururawat yang bertugas di unit kecemasan berkenaan.
TAJUK-TAJUK BE

No comments:

Post a Comment