Tuesday, April 19, 2011

Rogol Beratus Wanita Amboi Ganasnya

Petani rayu hukuman gantung kerana merogol 116 wanita


2011/04/19
BEIJING: Seorang petani merayu di Mahkamah Tinggi di sini selepas dijatuhkan hukuman gantung atas kesalahan merogol 116 wanita.

Akhbar China Daily melaporkan seorang lelaki Dai Qingcheng, 46, dijatuhkan hukuman gantung pada Disember lalu atas kesalahan merogol di antara 1993 dan 2009 di wilayah Anhui, timur China.
Laporan itu berkata, Dai merayu di Mahkamah Tinggi Rakyat di Anhui, tetapi tidak menyebut bila kes itu akan didengar.
Menurut laporan hari ini, Dai menjadikan isteri penduduk yang berpindah ke bandar besar untuk mencari kerja.

Antara mangsanya termasuk wanita yang baru enam bulan mengandung. - AP

No comments:

Post a Comment