Monday, April 4, 2011

Pemandu Wanita

Benarkah pemandu wanita berbahaya?

SAYA terpanggil untuk mengutarakan pendapat mengenai sikap pemandu wanita di Malaysia.

Sememangnya diketahui wanita adalah pemandu yang berhemah. Tetapi berhemah tidak kena tempat.

Rata-rata yang saya lihat di jalan raya pemandu wanita tidak peka dengan keadaan sekeliling semasa memandu kereta. Saya senaraikan beberapa sikap pemandu wanita yang saya lihat semasa memandu kereta.

* Memotong di lorong laju apabila kereta di belakang sudah dekat. Semasa kereta jauh ia tidak memotong.

* Bersantai membawa kereta di lorong laju. Bila hon untuk beri laluan kita pula dimarah balik.

* Tidak memberi laluan bila kita mahu menukar lorong. Jika pemandu wanita menukar lorong pula suka menukar lorong sesuka hati tanpa menghiraukan kereta di belakang.

* Memandu perlahan di lorong laju sambil menggunakan telefon bimbit.

* Apabila keluar simpang terus mengambil lorong kanan tanpa menghiraukan kereta yang datang dari arah belakang.

* Tidak berhenti di persimpangan jalan walaupun ada papan tanda berhenti.

* Memandu di jalan sehala tanpa mempedulikan papan tanda jalan sehala.

* Meletak kereta atau berhenti sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Dan lain-lain yang saya rasa cukup panjang jika mahu dihuraikan satu persatu. Tidak dinafikan pemandu lelaki pun sebegitu juga, tapi tidaklah seramai pemandu wanita yang menjadi punca kemalangan jalan raya.

PENGGUNA JALAN RAYA MALAYSIA

Selangor

No comments:

Post a Comment