Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Saturday, April 16, 2011
Puduraya Dibuka Semula
Pengusaha bas teruja kembali ke Puduraya
PEKERJA sedang mengisi barangan syarikat bas yang beroperasi di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil ke dalam lori semalam untuk dipindahkan ke Hentian Puduraya.
KUALA LUMPUR 15 April - Pengusaha bas yang beroperasi di Terminal Bas Sementara Bukit Jalil sudah tidak sabar untuk berpindah ke hentian Puduraya yang akan mula beroperasi semula esok.
Tinjauan Utusan Malaysia di terminal sementara itu hari ini mendapati rata-rata pengusaha syarikat bas sudah mula berkemas dan bersiap sedia untuk berpindah ke Puduraya - tempat asal mereka beroperasi.
Dijangkakan semua syarikat bas berkenaan akan memulakan kerja memindahkan barangan mereka ke Puduraya pada bila-bila masa sahaja.
Seorang pembantu kaunter tiket Syarikat Plusliner, Noraziah Khairi berkata, dia berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk berpindah ke Hentian Puduraya.
Dia telah dapat membayangkan dirinya akan bertugas dalam suasana lebih selesa di Puduraya berbanding di terminal bas sementara yang serba kekurangan dan panas.
Katanya, semua barangan syarikatnya telah dikemaskan dan kerja mengangkutnya ke Puduraya akan dilakukan pada malam ini.
"Namun, saya tidak menafikan, di sini juga terlalu banyak pengalaman dan kenangan tersendiri buat saya dan rakan-rakan setugas setelah hampir setahun kami beroperasi," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment