Friday, April 8, 2011

Langgar Bini

Wanita cedera lutut digilis kereta suami diceraikan

KUANTAN 7 April - Malang menimpa seorang wanita apabila bukan sahaja diceraikan suaminya, malah cedera setelah kereta dipandu lelaki itu terkena lutut kanannya dalam satu pertengkaran di Jalan Pantai dekat Balok, di sini semalam.

Kejadian berlaku pukul 5 pagi setelah tembelang suaminya bercengkerama dengan wanita lain di pantai berkenaan dibongkar isteri bersama dua adik lelakinya.

Mangsa berusia 35 tahun yang berasal dari Dungun, Terengganu itu keluar mencari suaminya yang dikatakan sudah dua minggu tidak pulang ke rumah.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, mangsa kemudian menemui suaminya itu yang bekerja sebagai mekanik bersama wanita lain dipercayai kekasihnya.

Menurutnya, sebaik sahaja melihat isterinya, lelaki itu melarikan diri tetapi sejam kemudian datang semula ke situ sebelum bertengkar dengan mangsa.

"Suspek dikatakan menceraikan isterinya lalu menolak wanita itu yang berada berhampiran kereta sehingga terjatuh. Secara tidak sengaja tayar kereta belakang tergilis lutut kanan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Kamaruzzaman, mangsa membuat laporan di Balai Polis Beserah dan kemudian mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Tambahnya, polis sudah mengenal pasti suspek dan akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan.
TAJUK-TAJU

No comments:

Post a Comment