Friday, May 20, 2011

Jangan Cepat Percaya Pada Pengasuh

Bayi didera pengasuh
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HULU SELANGOR: Seorang bayi perempuan berusia 16 bulan dipercayai menjadi mangsa dera pengasuhnya selepas terdapat kesan lebam pada badan bayi terbabit.

Difahamkan, bayi itu mula ditinggalkan kepada pengasuhnya berusia 44 tahun sejak lahir kerana ibu bapanya bekerja.


Lebih menyayat hati, mangsa dipercayai turut dipukul dengan objek tumpul hingga meninggalkan kesan lebam selain dicubit dan dipukul dengan tangan.

Sumber berkata, suspek yang tinggal berhampiran rumah keluarga mangsa dikatakan sanggup berlagak baik di depan keluarga mangsa seolah-olah tiada apa yang berlaku.


Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar dalam kejadian terbaru Isnin lalu apabila ibu mangsa seperti biasa pergi ke rumah wanita itu sebaik tamat waktu kerja untuk mengambil anaknya.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang ketika di rumah mereka di Serendah, di sini, ibu mangsa mendapati ada kesan lebam pada badan anaknya sebelum membawa mangsa ke Hospital Selayang.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa dipercayai didera berikutan kesan lebam itu seolah-olah dipukul menggunakan objek tumpul.


“Doktor memberitahu keluarga mangsa sebelum mereka membuat laporan di balai polis berhampiran,” katanya.

Berikutan itu, sumber itu berkata, sepasukan anggota polis pergi ke rumah suspek di Serendah, di sini dan menahannya manakala buaian serta pakaian mangsa turut diambil bagi membantu siasatan.


Menurutnya, keluarga mangsa dikatakan masih terkejut apabila pengasuh yang dipercayai selama ini sanggup melakukan perbuatan itu kepada bayi mereka.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

No comments:

Post a Comment