Sunday, May 15, 2011

Tuah Kamera Pinjam

Kamera digital pinjam bawa tuah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar hanya menggunakan kamera digital biasa untuk membuat rakaman video, namun hasilnya cukup menakjubkan sehingga melayakkan hasil karya mereka itu diisytiharkan sebagai johan Pertandingan Penceritaan Digital (DCT) 2010 bagi kategori pelajar.

Pelajar daripada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Perak itu sama sekali tidak menyangka kamera digital dipinjam daripada rakan membawa tuah, sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah RM5,000, termasuk wang tunai, kamera digital, hamper, sijil dan cenderamata.


Peserta, Syahiran Ahmad Rashidi, 17, berkata, klip video selama lima minit bertajuk ‘Kehidupan Harmoni 1Malaysia’ itu hasil kerjasama dan perkongsian idea bersama dua lagi rakannya, Adrian Chong Jin Yao dan Rajesh Kumar Kunasegaran, kedua-duanya 17 tahun.

Katanya, apa yang dipapar dalam video berkenaan adalah situasi sebenar kehidupan berasrama yang dialami sendiri tiga sahabat itu.


“Daripada aspek pencetusan idea, rakaman dan suntingan video itu dilakukan sendiri dan dipantau oleh beberapa guru.


“Jujurnya kami langsung tidak menyangka muncul sebagai johan kerana jika berdasarkan undian dalam talian kami menduduki antara tempat terbawah,” katanya selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan DCT, kelmarin.

Video berkenaan memaparkan kisah tiga sahabat berlainan bangsa dan agama yang menjalani kehidupan di sekolah berasrama.


Hadiah disampaikan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Zulkifly Mohd Wazir.

Bagi kategori guru pula, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma, Alor Setar muncul sebagai johan menerusi video yang bertajuk Kemahiran Manipulatif.

No comments:

Post a Comment