Sunday, May 15, 2011

Uji Bakat Dalam Hotel

Umpan uji bakat

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BATU PAHAT: Jika tidak diselamatkan pegawai agama, tiga beradik perempuan berusia 13, 14 dan 15 tahun mungkin menjadi korban kenduri seks oleh tiga pemuda yang kononnya mengadakan uji bakat artis baru dalam bilik sebuah hotel di Jalan Penjaja, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketiga-tiga remaja bawah umur yang tidak lagi bersekolah itu diselamatkan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Daerah Batu Pahat selepas mendapat maklumat orang ramai mengenai perlakuan mencurigakan tiga lelaki berusia 20-an itu.


Mangsa dikatakan ditawarkan menjadi artis oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai pencari bakat dan turut memiliki sebuah pusat karaoke di bandar ini.

Timbalan Ketua Penguasa Agama Daerah Batu Pahat, Mohd Anuar Kosnin berkata, bertindak atas maklumat orang ramai, sepasukan penguat kuasa agama daerah melakukan pemeriksaan pada kira-kira jam 2 pagi di sebuah bilik di hotel.


Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan semua enam individu terbabit enggan membuka pintu bilik.


“Selepas kira-kira 10 minit mengetuk pintu, kami akhirnya terpaksa memanggil pengurusan hotel untuk membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua.

“Hasilnya, kami menemui enam individu di dalam bilik itu berpakaian lengkap termasuk tiga remaja perempuan adik beradik bersama tiga lelaki.


Menurutnya, siasatan mendapati seorang daripada tiga lelaki terbabit mengaku sebagai ejen mencari bakat dan mempunyai pusat karaoke di daerah itu.

Katanya, lelaki itu memberi alasan pertemuan dengan tiga remaja adik beradik itu sebagai perbincangan untuk menjadikan mereka artis, namun lokasi pertemuan tidak sesuai dan boleh menimbulkan syak.


“Semua enam individu terbabit masih ditahan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27 (1) (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor di mana sabit kesalahan seseorang itu boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

No comments:

Post a Comment