Sunday, May 15, 2011

Litar Pintas Rumah Meletup

Apartmen meletup
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Kebimbangan seorang wanita mengenai masalah soket elektrik di unit apartmen yang baru disewanya kira-kira sebulan lalu, terbukti berasas selepas kediamannya itu terbakar pagi semalam dipercayai berpunca litar pintas dan lebih malang dia terkorban dalam tragedi itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi di sebuah apartmen perkhidmatan 18 tingkat di Damansara Perdana, dekat sini, wanita berusia 25 tahun itu ditemui terbaring atas lantai bersebelahan katilnya dalam keadaan bogel akibat pakaian dan seluruh badannya terbakar.


Seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan terbabit ketika ditemui berkata, mengikut rekod mangsa sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak pengurusan dan pemilik namun tiada tindakan diambil.

Menurutnya, kali terakhir mangsa menghubungi pemilik awal pagi, kelmarin memintanya memeriksa sistem pendawaian elektrik.


“Wanita itu baru sebulan menyewa unit jenis studio dan mangsa bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta tinggal bersendirian,” katanya.


Menceritakan bagaimana kejadian berlaku pengawal terbabit berkata, pihaknya terdengar letupan kuat di tingkat tujuh bangunan terbabit dan tiga pengawal bergegas naik ke tingkat berkenaan sebelum mendapati unit didiami mangsa terbakar.

Katanya, ketiga-tiga pengawal kemudian bertindak memecahkan pintu rumah mangsa sebelum memadamkan kebakaran dengan alat pemadam api.


“Mangsa hanya ditemui apabila bomba membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, mangsa dipercayai mati akibat sesak nafas terperangkap di dalam kebakaran dan identitinya sudah dikenal pasti namun pihaknya menunggu pengesahan daripada keluarga mangsa.

No comments:

Post a Comment