Saturday, May 14, 2011

Senangnya Nak Curi Blackberry

Wanita hilang Blackberry diperdaya lelaki

KOTA KINABALU 13 Mei - Seorang wanita kehilangan telefon bimbit Blackberry selepas diperdaya seorang lelaki di sebuah pejabat di Sadong Jaya di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Ramli Ali Mat berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah hari apabila mangsa meletakkan telefon bimbitnya itu di atas kaunter di pejabat tempatnya bekerja.

Menurutnya, pada ketika itu seorang lelaki yang tidak dikenali datang ke kaunter itu dan berkata kepada mangsa kononnya sekeping kertas terjatuh di belakangnya.

''Bagaimanapun, ketika mangsa menoleh ke belakang dia tidak melihat apa-apa dan apabila dia pandang semula ke hadapan, dia hanya mampu melihat lelaki terbabit membawa lari telefon bimbitnya," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

No comments:

Post a Comment