Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Wednesday, February 9, 2011
Banjir Paip Pecah
Syabas bayar pampasan RM200,000
Abdul Halem Mat Som (tiga kiri) menyerahkan cek sagu hati kepada R.Selvaraju (empat kanan) pada majlis penyerahan wang sagu hati di Syabas Wilayah Selatan, Klang, semalam.
KLANG 8 Feb. - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan syarikat pemaju Taman Palm Grove membayar wang pampasan berjumlah hampir RM200,000 kepada penduduk taman perumahan itu berikutan kejadian banjir yang berlaku akibat paip pecah pada Mei tahun lalu.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, pihaknya yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk telah bersetuju menanggung kos kerugian bersama syarikat pemaju perumahan terbabit.
''Walaupun kejadian itu berlaku bukan disebabkan oleh kecuaian Syabas, kami tetap prihatin apabila mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama syarikat pemaju terbabit.
"Selepas perbincangan itu, pihak pemaju perumahan itu bersetuju untuk membayar pampasan kepada penduduk yang terjejas dengan segera," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan kepada Persatuan Penduduk Taman Palm Grove di Pejabat Syabas Wilayah Klang, di sini, hari ini.
Pada awal pagi 5 Mei tahun lalu, perumahan Taman Palm Grove mengalami banjir kilat akibat kejadian paip pecah sehingga menjejaskan lebih 100 buah rumah.
Penduduk yang berang dengan kejadian tersebut telah mengemukakan aduan kepada Syabas.
Berdasarkan siasatan perunding bertauliah, kejadian paip pecah itu bukan berpunca daripada Syabas sebaliknya akibat kecuaian yang dilakukan oleh syarikat pemaju perumahan berkenaan.
Ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut, Pengerusi Persatuan Penduduk Palm Grove, Selvaraju Raju berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada Syabas kerana keprihatinan mereka dalam mendengar rintihan penduduk perumahan tersebut.
''Ketika kawasan perumahan kami dilanda banjir kilat akibat paip pecah itu, Syabas turut menghantar pegawai mereka untuk bergotong-royong serta membantu membersihkan kawasan rumah penduduk yang terjejas.
''Kini kami bersyukur kerana keseluruhan mangsa yang terjejas akibat banjir kilat itu telah menerima wang pampasan," jelasnya.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment