Wednesday, February 2, 2011

Kata Tun


Bukan masanya – Tun Mahathir

Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN
bisnes@utusan.com.my

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD Penasihat Proton

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata penggabungan Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) sukar untuk berlaku buat masa sekarang.

Menurut Penasihat Proton itu, kedua-dua syarikat itu mempunyai perbezaan yang begitu ketara dari segi pendekatan dan hala tuju syarikat yang dilihat bakal menyukarkan cadangan penggabungan tersebut.

‘‘Soal penggabungan adalah soal lain kerana Perodua punya falsafah, pendekatan dan tujuannya yang berbeza daripada Proton.

‘‘Proton 100 peratus buatan tempatan, selain perlu mematuhi peraturan-peraturan lain, berlainan dengan Perodua.

‘‘Mereka (Perodua) adalah kereta ‘rebadging’ dari Jepun, membuat pengubahsuaian sikit dan kemudian menjual semula sebagai kereta nasional kedua,’’ katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu pertemuan di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan penggabungan atau konsolidasi Proton-Perodua yang diusahakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Bagaimanapun, beliau berpendapat Proton dan Perodua masih boleh mencari kesepakatan untuk bekerjasama dalam beberapa bidang tertentu.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

No comments:

Post a Comment