Pakar sahkan histeria boleh berjangkit
PAKAR Perunding Kanan Psikiatri Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Zain mengesahkan histeria boleh berjangkit.
"Serangan boleh berjangkit kepada orang lain yang berada dalam persekitaran yang sama. Ia akan berlaku serentak, iaitu pada masa yang hampir sama.
"Maknanya, serangan dimulai oleh orang pertama dan berjangkit kepada orang kedua, ketiga dan seterusnya.
"Mereka yang lemah semangat dan berada dalam keadaan tertekan mudah dijangkiti histeria," jelasnya.
Meletakkan stres melampau sebagai punca, konflik lama yang terbuku di dalam diri yang tidak dapat diselesaikan atau diluahkan juga akan memburukkan keadaan mangsa histeria.
"Histeria adalah penyakit psikiatri dan mangsa perlu diberikan rawatan," ujarnya.
Kenyataan Azhar ini disokong oleh pelajar ijazah kedoktoran di Pusat Penyelidikan Psikologi Gunaan, Universiti South Australia, Australia, Mohd. Awang Idris.
No comments:
Post a Comment