Artikel ini hanyalah copy and paste dari website akhbar tempatan ataupun dari website individu. Semua kisah misteri, luar biasa , lucu dari dalam dan luar negeri akan dikumpulkan dalam blog ni. Harap anda terhibur dari segala macam ragam manusia.
Saturday, February 5, 2011
Peniaga Asing
Peniaga kita kena himpit
Oleh Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MINTA SIASAT...penduduk menggesa MPKj kenal pasti sama ada peniaga ada lesen atau tidak.
MINTA SIASAT...penduduk menggesa MPKj kenal pasti sama ada peniaga ada lesen atau tidak.
TUMPUAN...penduduk mendakwa perniagaan mereka terjejas akibat kehadiran peniaga asing.
TUMPUAN...penduduk mendakwa perniagaan mereka terjejas akibat kehadiran peniaga asing.
KAJANG: Mengejutkan. Tapi itulah kenyataannya apabila tujuh daripada 12 lot kedai di Taman Sri Indah, Balakong, dekat sini, yang disediakan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) diusahakan warga asing.
Sebahagian daripada mereka sudah mengumpul kekayaan dengan memiliki kenderaan sendiri dan rumah yang selesa sedangkan pada masa sama ramai di kalangan penduduk tempatan terpaksa bertarung dengan pelbagai kesukaran untuk mendapatkan sesuap nasi.
Kelibat warga asing kelihatan di mana-mana, malah mereka memonopoli ruang niaga terutama pada waktu tengah hari seolah-olah berada di negara mereka.
Tinjauan Metroplus di kawasan itu mendapati, medan selera berkenaan dipenuhi warga asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Vietnam dan Pakistan.
Ada di antara mereka menjalankan perniagaan kedai menjual makanan dan minuman manakala di satu sudut lain kelihatan peniaga runcit warga Myanmar turut menjual sirih yang mengakibatkan kawasan persekitaran di situ kotor dan tidak terurus.
Difahamkan, mereka turut menjadikan flat berhampiran sebagai kawasan berkumpul kerana majoriti penduduk yang tinggal di situ adalah pendatang dan keadaan itu menimbulkan kebimbangan rakyat tempatan.
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk di situ, Abdul Hamid Yussof berkata, pendatang asing mula memenuhi kawasan medan selera itu sejak lapan tahun lalu dan jumlah itu semakin bertambah dari hari ke hari sehingga menimbulkan keresahan penduduk tempatan.
“Peniaga di sini juga sering merungut kerana terpaksa bersaing dengan peniaga luar berkenaan yang mempunyai pelanggan kerana beberapa kilang yang beroperasi di kawasan berhampiran turut menggaji pekerja warga asing yang setiap hari memenuhi medan selera itu.
“Keadaan ini menyebabkan warga tempatan berasa rimas untuk berkunjung ke sini dan itu sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan peniaga kerana kekurangan pelanggan,” katanya.
Peniaga, Mat Kasa Saad, 56, berkata, pendapatannya terjejas sejak medan selera berkenaan dipenuhi pendatang asing berkenaan berbanding ketika memulakan perniagaan di situ pada 2002.
“Dulu, saya memperoleh sekitar RM300 sehari, tapi sekarang hendak dapat separuh daripada jumlah itu pun belum tentu. Dulu, kawasan perumahan saja yang dibanjiri kelibat mereka, kini medan selera ini pula menjadi tempat berkumpul. Pengunjung luar pun tidak selesa untuk datang ke sini,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Shariman Mohd Nor berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu dengan memeriksa maklumat pemegang lesen sebelum sebarang tindakan diambil.
“Memang terdapat aduan mengenai ada pemilik yang menyewakan lesen kepada warga asing. Bagaimanapun, kita akan memantau secara serius perkara ini dan jika didapati bersalah, MPKj akan batalkan lesen sedia ada dan beri kepada orang lain.
“Kami juga akan panjangkan aduan kepada jabatan imigresen untuk memeriksa status pendatang asing ini,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment