Sunday, February 6, 2011

Sandwich Cacing


Cacing ditemui dalam sandwich


Seekor cacing dijumpai dalam roti sandwich yang dibeli oleh seorang pelanggan sebuah restoran di Ipoh, baru-baru ini.

IPOH 4 Feb. - Seorang pelanggan yang makan di sebuah restoran dekat sebuah hotel di sini, terkejut apabila sandwich yang dipesan mengandungi seekor cacing hidup dalam saladnya.

Rizal Zaharuddin, 35, dari Ipoh, yang selalu mengunjungi restoran itu berkata, ketika kejadian pada pukul 2.40 pagi ini, dia bersendirian menikmati sandwich yang berharga RM10.

"Saya terkejut melihat kepala cacing sepanjang kira-kira empat sentimeter tiba-tiba mengengsot keluar dari sandwich yang telah saya makan.

"Bagi saya, kalau ulat dijumpai dalam sayur, itu mungkin perkara biasa, tetapi ini cacing. Chef yang membuatnya mungkin tidak membasuh salad tersebut betul-betul," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dalam pada itu, Rizal berkata, sebaik sahaja memberitahu perkara itu kepada seorang pelayan restoran, pekerja berbangsa asing tersebut segera membuang cacing berkenaan.

Dia memberitahu, pengurus restoran itu mengakui kesilapan tersebut walaupun pada awalnya pelayan restoran terbabit berlagak kasar dengannya.

Menurutnya, dia ditawarkan sebuah bilik di hotel tersebut sebagai ganti rugi tetapi menolaknya kerana menganggap ia seolah-olah sebagai satu rasuah.

"Saya akan membuat laporan polis mengenai perkara ini dan akan mengambil tindakan saman terhadap pihak terlibat.

"Saya juga telah memaklumkan perkara ini kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Rizal turut menggesa supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memeriksa status halal hotel berkenaan.

Dia berkata, ini disebabkan kebanyakan chef restoran tersebut terdiri daripada tukang masak dari Nepal dan Myanmar.

"Saya sudah serik makan di sana, malah asyik terkenang-kenang mengenainya setiap kali melihat salad," katanya.

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

1 comment:

  1. Per : Mohon pandangan Tuanku Sultan Selangor sebelum kami membuat aduan salah laku, penipuan, pengambilan deposit orang ramai Datuk Seri Setia Haji Muhamad Ramli bin Soion.
    si Ramli anak Soion ni berasal dari Kampung Delek, Kelang, Selangor.
    Ringkasan aduan:
    Pada Januari 2009, saya telah bersua dengan Ramli, kami adalah kenalan lama semasa masih bujang dahulu. Dia telah mengajak saya melabur ke dalam bank seberang laut Overseas Chinese Bank Coperation (OCBC Singapore) dengan janji JAMINAN WANG DI KEMBALIKAN dengan kadar 5% keuntungan sebulan.
    Dengan surat perjanjian (masih ada dalam simpanan saya) saya mula memasukkan RM20,000 ke dalam akaun beliau. Baki nya akan di masukkan dari wang penjualan rumah saya. Kebetulan, memang proses penjualan rumah saya sudah tertunggak lama. Pada 17 April 2009 saya telah memasukkan wang sebanyak RM77,000 ke dalam akaun Ramli (Arab Malaysian bank : No a/c :0850014880) bagi mencukupkan amaun pelaburan RM100.000.00 ke dalam OCBC Singapore dengan Datuk Ramli sebagai pengambil deposit ( dia mengesahkan bahawa dia adalah Fund Manager Bank Negara yang layak mengambil deposit dari orang ramai).
    Memandangkan beliau adalah seorang bergelar Datuk Seri Setia dan bergelar Haji dan juga sebagai rakan lama, saya fikir tidak perlu bagi dia membuktikan kebenaran kata-katanya. Tambah pula dia mempunyai nama di dalam istana.
    Selama 4 bulan sahaja bayaran adalah benar seperti di janjikan. Selepas May 2009 tiadalah saya menerima apa-apa lagi dari janji nya dan hinggalah ke Januari 2010 saya menerima saguhati berjumlah RM15,000.00. Sebelum dan selepas itu hingga ke hari ini janji nya kosong belaka.
    Tujuan Surat : Memohon pandangan dan teguran pihak Sultan Selangor atau wakil istana sebelum perkara ini di bawa ke Mahkamah atau media.
    (akhir nya tahun 2014 dia mengaku dia belum lagi naik haji..!!!!!!!)

    ReplyDelete